Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi

BABI Selangor bakal dibela seperti ayam air-cond? Tiada lagi pencemaran?
BABI Selangor bakal dibela seperti ayam air-cond? Tiada lagi pencemaran?

Selangor beri amaran jangan putarbelitkan isu ladang babi - SHAH ALAM, 12 April (Hrkh) - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Permodenan Pertanian, Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Yaakob Sapari memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memutarbelitkan isu projek pembinaan ladang babi, di Ladang Tumbuk, Hulu Langat. [Harakah Daily]

Bagi penduduk yang telah 20 tahun menghidu hanyir babi saya ucapkan tahniah kerana tak lama lagi masalah babi akan selesai. Harapan kita tiada lagi pencemaran air, bau, bunyi atau apa saja yang tidak menyenangkan. Di internet banyak pihak mengambil kesempatan "memburukkan" kerajaan baru Selangor dan Parti Pas, sehingga ada yang melukis gambar orang berserban dan berjubah menunggang babi.

Ada yang berdemo aman menyatakan bantahan. Sekonyong konyong babi menjadi masalah bagi mereka! Di TV pula menggambarkan mereka begitu marah. Apakah selama 20 tahun dengan 130 kandang dan beratus ribu babi di Selangor tetiba ianya menjadi "masalah baru". Berbunyi nada perkauman dan berbagai suara negatif menghentam kerajaan baru Selangor.

Akhirnya kita faham mengapa mereka berbunyi!

Jika benar projek babi 100 juta ini tidak menggunakan wang rakyat, ianya amat dialukan. Walaubagaimana pun lokasi yang sesuai mesti diambil kira. Andaipun projek ini telah sampai ke proses pengambilan tanah (semasa BN mentadbir - seperti yg dikhabarkan), ianya boleh dirunding semula setelah bertemu dengan penduduk setempat dan berbincang.

Selagi ianya belum dilaksanakan, (walaupun telah melawat Jerman) masih belum terlambat untuk kerajaan baru mengkaji semula lokasi yang sesuai. Nampaknya penduduk telah hilang sabar (setelah 20 tahun?), maka amat wajar mengambil kira pandangan dengan berunding. Tidak peduli mereka membantah atas dasar apa atau atas desakan siapa. Yang penting projek ini tidak menginaya sesiapa dan memberi kebaikan kepada umum terutamanya penduduk setempat yang tiba-tiba "histeria" tentang masalah babi.

Langkah terbaik adalah berunding!