PM tak perlu tunduk desakan - BEAUFORT 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak perlu tunduk kepada desakan supaya beliau meletak jawatan kerana Barisan Nasional (BN) masih mendapat mandat majoriti rakyat untuk memerintah negara. [Utusan Malaysia] - Memang benar BN mendapat majoriti dalam PRU12. Tetapi hari ini adakah lagi majoriti itu jika dari dalam parti sendiri mendapat tentangan. Berapa kuat dan jumlah tentangan boleh dikira dengan mengadakan undian. Untuk mengundi, UMNO perlu mengadakan persidangan. Undi dan kira. Saya percaya mojoriti akan lenyap. Tetapi persidangan tidak ada dan tiadalah undi. Maka tidak perlulah diteruskan desakan letak jawatan, sebaliknya desak adakan pengundian. Bolehkah begitu atau bagaimana prosidurnya? Yang lebih arif boleh jelaskan?
Siapa sebenarnya taukeh? Rakyat atau pemimpin? Jawaplah dengan jujur. Anda telahpun diberi peluang dan sekarang taukeh minta kuli rakyat berhenti. Mengapa degil sangat? Perlu diingat, anda bukan raja! Sebaliknya anda adalah hamba rakyat. Ataupun anda tidak setuju dengan konsep sebegitu? Jika sejujurnya anda memang tidak setuju dengan konsep pemimpin adalah hamba rakyat, maka sejujurnya juga anda tidak layak jadi Perdana Menteri rakyat.
Bagaimana PM mahu membaiki keadaan jika beliau sendiri mengaku, beliau merupakan faktor "pembawa" kekalahan. Yang perlu dibuang adalah faktor pembawa itu dan faktor faktor berkaitan yang seumpamanya! PM mahu baiki kemudian baru mahu turun. Berapa lama pula perlu ditunggu? 3 atau 4 tahun lagi? Apakah jaminan "pembaikian" tersebut akan berjaya. Yang nyata selama bertahun tahun kebelakangan ini ianya hanya merosakkan. Apakah magis yang ada untuk membaikinya, kalaupun ada keajaipan.. tiada siapa yang boleh memberi jaminan kejayaannya, termasuk PM sendiri. HAKIKATNYA, PM telah gagal buat apa yang sepatutnya. Wajarkah diberi peluang?
Jangan pula nanti jadi seperti tikus membaiki labu, kemudian Si Luncai terjun dengan labu bocor tersebut. Kami tidak kisah jika Luncai lemas, apa yang kami mahu ialah labu yang ada benih didalamnya. Kami mahu semai benih baru yang menguntungkan rakyat. Jika Luncai mahu terjun, silakanlah. Tetapi tinggalkanlah labu itu di perahu yang hampir karam ini dengan harapan kami sempat ke pelabuhan.
Silakan, terjunlah kau wahai Luncai! Paling tidak atau paling kurang, sampan ini akan ringan dan kami boleh berdayung lebih laju. Biar kami baiki sampan ini yang telah dibocorkan oleh tanganmu Luncai. Kami tidak percaya tanganmu mempunyai sakti wahai Si Luncai.
Comments
yang hampir kepada manusia
yang hampir kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka". jimmy choojimmy choo shoesI like very much the writings and pictures and explanations in your adress so I look forward to see your next writings. Balmain ShoesLanvin ShoesThanks you post ,I think it's helpful to me .and hope write more and more good post.cheap jimmy chooManolo BlahnikThanks for a resourceful content. this is what i have been looking for so long. I don't get the idea why they start these kind of trial when the criminal are old. Perhaps this more personal form of accountability will deter future actors where the fear of international condemnation has not.cheap Manolo BlahnikManolo Blahnik shoesThanks for a resourceful content. this is what i have been looking for so long. I don't get the idea why they start these kind of trial when the criminal are old. Perhaps this more personal form of accountability will deter future actors where the fear of international condemnation has not.Rene CaovillaChloe ShoesGreat work every buddy can get lots of interesting information, keep on posting this type of brilliant articles. I really like this keep it up again!Alexander McQueenGiuseppe Zanotti
Gaji kami tidak seberapa,
Gaji kami tidak seberapa, tidak sehebat wakil-wakil rakyat yang menerima imbuhan yang banyak. Hentikan percakaran, kembalilah berjuang untuk rakyat. Kalau di lihat dari kewajaran, rasanya elok jika pilihanraya di adakan semula kerana rakyat telah hilang kepercayaan tidak kira kepada kerajaan mahupun pembangkang.
club penguin
Mana perginya kepentingan negara...
Saya bukan pengarang atau pemikir tapi harap apa yang saya utarakan ini dapat beri manfaat. Kebelakangan kita lihat situasi negara kita sekarang semakin lama semakin bercelaru. Sedang dalam keadaan ekonomi dunia dan negara di himpit tekanan, di tambah pula sekarang dengan ketidak stabilan politik negara makin memburukkan keadaan. Wakil rakyat nampak cuba menjadi juara rakyat dengan berbahas apa yang mereka sangka peluang untuk menaikkan populariti parti mahupun individu. hilang sudah fokus sebenar kepada masalah utama, masalah rakyat. Tolonglah, kami hamba rakyat malaysia ini dalam kesempitan. Apa guna kami mengundi untuk memilih wakil rakyat jika kepentingan negara dan rakyat tidak terbela. Sedang sibuk wakil rakyat mengumpul kekayaan, kami pula sibuk mengumpul hutang untuk terus bertahan. Gaji kami tidak seberapa, tidak sehebat wakil-wakil rakyat yang menerima imbuhan yang banyak. Hentikan percakaran, kembalilah berjuang untuk rakyat. Kalau di lihat dari kewajaran, rasanya elok jika pilihanraya di adakan semula kerana rakyat telah hilang kepercayaan tidak kira kepada kerajaan mahupun pembangkang. Ini sahaja mungkin jalan penyelesaian sebenar merungkai kemelut sekarang.