PM: Saya juga punca BN merosot

Abdullah Badawi
Abdullah Badawi

PM: Saya juga punca BN merosot - kemaskini 7:45pm Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui secara terbuka hari ini bahawa beliau antara punca kemerosotan undi BN pada pilihanraya umum 8 Mac. [MalaysiaKini]

Sudah lama orang ramai tunggu tapi baru sekarang Perdana Menteri, Pak Lah mengaku. Agak terlambat! Sebulan lebih baru mengaku. Agaknya dah tak tahan dengan tuduhan. Jadi betullah apa yang orang kata selama sebulan lepas ini. Ada yang tersenyum sinis! Bukan Pak Lah seorang malah sejemaah orang besar UMNO patut berasa malu dan mengambil tanggung jawab. Malangnya budaya kita bukan seperti budaya Jepun! Agaknya nanti, pada suatu hari orang ramai akan tersenyum sinis lagi, apa bila UMNO benar benar terkubur. Itulah kata kata sebilangan besar rakyat (terutama dari PAS, PKR, DAP) yang menjangkakan UMNO, BN akan terkubur. Tak ada siapa yang mengaku (dari pihak UMNO, BN).. dan tidak mustahil suatu hari terdekat UMNO BN akan lumpuh dan pergi selamanya. Maklum saja, tiada yang kekal di dunia ini.