

PENOLAK TUNTUTAN LAMAN WEB | - TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah terpakai dalam penggunaan laman web ini. Dengan menggunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Sekiranya anda tidak menerima terma-terma dan syarat-syarat ini, anda mestilah berhenti daripada menggunakan laman web ini.
Istilah
Dalam terma-terma dan syarat-syarat laman web ini, penggunaan perkataan "kami" merujuk kepada Pengelola dan Pemilik Utusan.net ('UTUSAN.NET'). "Anda" atau "pengguna" merujuk kepada sama ada pelawat atau ahli laman web ini.
Pindaan Terma-terma Dan Syarat-syarat
Kami berhak untuk membuat pindaan terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini dari masa ke masa tanpa memberi sebarang notis pendahuluan. Pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa serta-merta setelah ianya dipamerkan di laman web. Dengan menggunakan laman web ini, anda menyatakan persetujuan anda untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda.
Penolak Tuntutan
1. Pendaftar nama laman (domain name) UTUSAN.NET ialah pemilik laman web UTUSAN.NET.
2. Kandungan laman web UTUSAN.NET adalah untuk tujuan memberi maklumat semata-mata. Penggunaan maklumat-maklumat dan data (dalam sebarang bentuk) adalah di atas risiko pengguna sendiri.
3. Maklumat dan data yang diterima oleh UTUSAN.NET daripada individu perseorangan atau pengguna yang dipamerkan di laman web ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau sokongan UTUSAN.NET terhadap pandangan atau pendapat yang dinyatakan di dalamnya.
4. Sementara UTUSAN.NET berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai di laman web ini, UTUSAN.NET tidak membuat sebarang penyataan, secara nyata atau tidak, berkenaan ketepatan maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini. Sekiranya anda bergantung kepada maklumat yang terkandung dalam laman web ini, anda bertanggungjawab untuk menentukan ketepatan, keterkinian, dan keterperinciannya dengan pengesahan sendiri.
5. UTUSAN.NET tidak menerima sebarang liabiliti terhadap sebarang kerugian atau kemusnahan, walau atas apa-apa sebab (termasuklah melalui kecuaian) yang mungkin anda hadapi, secara terus atau tidak, disebabkan anda menggunakan laman web ini atau mana-mana laman web pautan yang lain. Kami juga tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang berpunca daripada penggunaan dan kebergantungan anda terhadap maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini (termasuklah terjemahannya).
6. UTUSAN.NET tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penerbitan semula maklumat dan data yang terkandung dalam laman web ini.
7. UTUSAN.NET tidak bertanggungjawab terhadap sebarang gangguan atau kemusnahan ke atas komputer, perisian atau data pengguna yang terjadi disebabkan oleh penggunaan laman web ini atau mana-mana laman web pautannya.
8. UTUSAN.NET tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan laman web ini atas sebarang sebab pun.
9. UTUSAN.NET menolak liabiliti terhadap sebarang maklumat atau pesanan yang terkandung dalam laman utusan.net dalam sebarang bentuk yang telah dipamerkan atau yang dihantar oleh pengguna.
10. UTUSAN.NET berhak untuk mengubahsuai laman web ini pada bila-bila masa. Pengubahsuaian ini akan dipamerkan di laman web, dan pengguna adalah dianggap telah dimaklumkan dan terikat dengan perubahan laman web ini.
11. Anda bersetuju bahawa UTUSAN.NET tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga terhadap sebarang pengubahsuaian, penggantungan dan pemberhentian laman web ini.
Hak Cipta
Hak cipta laman web ini (termasuk teks, grafik, logo, ikon dan rakaman bunyi) adalah milik atau dilesenkan kepada UTUSAN.NET atau Pengguna. Selain daripada tujuan-tujuan yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987(Akta 332), anda DIBENARKAN dalam apa-apa bentuk dan cara sekalipun: kecualilah jika sebaliknya dinyatakan.
1. mengambil, mengguna, menerbitkan semula, menyimpan, mengedarkan, mempamerkan, menerbitkan atau mencipta karya terbitan daripada mana-mana maklumat atau bahagian laman web ini selagi tidak bercanggah dengan undang undang Malaysia:
2. mengkomersialkan sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan yang diterima dari mana-mana bahagian laman web ini selagi ianya tidak bercanggah dengan undang undang Malaysia: kecuali jika sebaliknya dinyatakan.
Ahli-ahli
Untuk memungkinkan anda mempamerkan maklumat dalam forum perbincangan atau lain lain ruangan, anda mestilah menjadi ahli. Untuk menjadi ahli, anda mesti melengkapkan maklumat pendaftaran seperti mana yang dikehendaki di laman web ini. Kami berhak untuk membatalkan keahlian anda pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi sebarang alasan pembatalan. Pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat membolehkan UTUSAN.NET membatalkan keahlian anda secara automatik.
Terma-terma Dan Syarat-syarat Ahli
Dengan mendaftar sebagai ahli, anda bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat penolak tuntutan laman web ini dan juga terma-terma berikut:
1. Ahli bersetuju untuk memberi maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap seperti yang diperlukan oleh borang pendaftaran UTUSAN.NET. Jika maklumat yang diberikan adalah palsu, tidak tepat, tidak terkini dan tidak lengkap, UTUSAN.NET berhak untuk menggantung atau membatalkan atau menolak sebarang penggunaan semasa atau penggunaan masa depan laman web ini (atau mana-mana bahagiannya);
2. Ahli akan menerima kata laluan dan akaun peribadi setelah melengkapkan proses pendaftaran. Ahli-ahli adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan kata laluan dan akaun masing-masing. UTUSAN.NET menyarankan agar anda tidak mendedahkan kata laluan dan maklumat akaun kepada sesiapapun memandangkan anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang dijalankan di bawah penggunaan kata laluan dan akaun anda;
3. Ahli-ahli boleh menghantar maklumat atau data dalam sebarang bentuk (selepas ini dirujuk sebagai "bahan-bahan") untuk dipamerkan di laman web ini. Ahli-ahli mengaku bahawa sebarang bahan yang dihantar ke forum perbincangan atau lain lain ruangan adalah dan akan dianggap UTUSAN.NET sebagai tidak sulit dan tidak dimiliki dan UTUSAN.NET boleh menggunakan bahan-bahan tersebut tanpa sekatan;
4. Ahli-ahli bersetuju dan memberi kebenaran bahawa bahan-bahan yang dikirim/dipamerkan dalam forum perbincangan atau lain lain ruangan boleh dibaca dan DIEDARKAN dengan niat baik, dalam apa bentuk sekalipun oleh ahli-ahli serta pengguna yang lain selagi ianya tidak melanggar undang undang Malaysia;
5. Sebarang bahan yang dipamerkan oleh ahli-ahli boleh dikeluarkan oleh UTUSAN.NET daripada forum perbincangan atau lain lain ruangan pada bila-bila masa tanpa notis;
6. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak menyalahgunakan laman web ini untuk memuat naik, mempamerkan, menghantar atau mengadakan bahan-bahan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, memudaratkan, mengugut, menyalah guna, mengganggu, memfitnah, ganas, lucah, berunsur libel, mencabuli privasi orang lain, berunsur kekauman, atau etnik yang boleh dibantahi;
7. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak memuat naik, mempamerkan, menyalurkan atau mengadakan bahan-bahan yang melanggar paten, tanda dagangan, hak cipta atau lain-lain hak sebagai tuan punya oleh mana-mana pihak;
8. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak memuat naik, mempamerkan, menyalurkan atau mengadakan bahan-bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengganggu, memusnahkan atau menghadkan keupayaan berfungsi perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi dan laman web;
9. Ahli-ahli bersetuju untuk tidak menerbitkan semula, menyalin, meniru, menjual tanda, menjual semula atau mengeksploitasi, untuk sebarang tujuan KOMERSIL, bahan-bahan yang terkandung dalam laman web ini sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya.
10. Semua maklumat yang dibekalkan oleh UTUSAN.NET dalam forum perbincangan atau lain lain ruangan adalah dibekalkan dengan niat baik dan untuk tujuan memberi maklumat secara umum.
11. UTUSAN.NET tidak bertanggungjawab atau memberi sebarang warranti bahawa bahan-bahan yang kami bekalkan di forum perbincangan atau lain lain ruangan adalah boleh dipercayai, tepat dan menyeluruh atau bahawa ahli-ahli yang mengakses ruangan forum perbincangan ini atau lain lain ruangan tidak akan menerima sebarang gangguan, sampai pada waktunya atau selamat. Ahli-ahli hendaklah membuat siasatan sendiri sebelum bertindak berdasarkan bahan-bahan yang terpamer di forum perbincangan atau lain lain ruangan.
12. UTUSAN.NET tidak memberi warranti bahawa ia akan memberi respon terhadap persoalan atau komen yang dihantar oleh ahli-ahli ke forum perbincangan atau lain lain ruangan.
13. UTUSAN.NET tidak memberi warranti bahawa apa-apa bahan yang dihantar ke forum perbincangan ini atau lain lain ruangan akan terlindung daripada kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian oleh pihak-pihak ketiga.
14. UTUSAN.NET berhak untuk menolak untuk mempamerkan bahan yang dihantar oleh ahli-ahli. Sekiranya UTUSAN.NET memilih, atas budi bicaranya sendiri, untuk mempamerkan bahan di dalam forum perbincangan atau lain lain ruangan, UTUSAN.NET tidak memberi warranti bahawa bahan yang dihantar itu akan dipamerkan dalam sesuatu jangka masa tertentu.
15. UTUSAN.NET berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubahsuai atau menamatkan, secara sementara atau tetap, forum perbincangan ini atau lain lain ruangan dengan atau tanpa memberikan sebarang notis.
Polisi Privasi Keahlian
1. Polisi Privasi Keahlian ini meliputi pengendalian UTUSAN.NET terhadap maklumat peribadi yang dikumpulkan semasa anda melayari laman web dan semasa anda menggunakan perkhidmatan laman web UTUSAN.NET.
2. Kami mengumpul maklumat peribadi apabila anda, 'pengguna' mendaftar sebagai ahli atau melawat laman web ini. UTUSAN.NET akan, secara automatik, menerima dan merekodkan maklumat dalam server log kami daripada penyemak imbas anda termasuklah alamat Protokol Internet (IP) dan laman yang dilawati.
3. Kami akan memastikan sedaya upaya maklumat yang dikumpulkan atau yang diberikan kepada kami adalah sulit, walau bagaimanapun kami tidak dapat menjamin keselamatan semasa maklumat dipindahkan.
4. Kami tidak akan mendedahkan maklumat persendirian anda kepada mana-mana organisasi luar atau mana-mana individu kecuali sekiranya kami mendapat persetujuan anda atau sekiranya kami terikat di sisi undang-undang sama ada melalui sepina, waran atau lain-lain proses perundangan yang UTUSAN.NET dapati, atas budi bicaranya sendiri, adalah sah dan boleh dikuatkuasakan.
5. Kami mungkin menggunakan "cookies" bagi membolehkan anda untuk melayari kawasan khas laman web ini. Bagi memperbaiki laman web dan bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik, kami menggunakan "cookies" untuk mengesan lawatan anda dan memudahkan pergerakan anda dalam laman web kami. "Cookie" adalah data kecil yang disimpan oleh penyemak imbas anda dalam perkakasan komputer. Cookie tidak mengesan anda secara peribadi tetapi ia hanya mengesan komputer anda. Anda boleh menetapkan supaya penyemak imbas anda memaklumkan kepada anda apabila ia mengesan cookie dan ini akan memberi peluang kepada anda sama ada untuk menerima atau menolak cookie dalam sesuatu masa.
6. Kami akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menjemput anda untuk menyertai kajian atau lain-lain aktiviti yang kami fikir mungkin sesuai dengan minat anda.
7. UTUSAN.NET berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa meminda polisi ini tanpa sebarang notis. Pindaan akan dipamerkan di laman web dan pengguna adalah dianggap telah dimaklumkan dan terikat dengan pindaan tersebut.
Laman Web Pautan
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web yang lain. Pautan yang disediakan adalah untuk kemudahan atau makluman sahaja dan mungkin tidak dikemas kini atau diselenggarakan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau amalan privasi yang dipraktikkan oleh laman web pautan ini. Pautan kami ke laman web pautan tidak harus dianggap sebagai sokongan, pengesahan atau saranan UTUSAN.NET terhadap pemilik atau pengendali laman-laman web tersebut atau apa-apa maklumat, grafik, bahan-bahan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk atau terkandung dalam laman-laman web pautan tersebut, kecualilah jika sebaliknya dinyatakan.
Pembatalan Akses
Akses ke laman web ini boleh kami dibatalkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Penolak tuntutan kami, walau bagaimanapun akan tetap berkuat kuasa.
Undang-undang
Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia.