
Sedekah Hari Jumaat - Peringatan Untuk Diri Saya | Selepas solat Jumaat bersama dengan penduduk kampung, Imam pada hari itu bangun dan membuat beberapa pengumuman. Antaranya yang menarik ialah hal ehwal tabung masjid yang kontang. Kekurangan tabungan begitu ketara dan mungkin akan mengganggu pendtadbiran dan perjalanan aktiviti masjid.
Beliau menyeru agar kariah lebihkan sumbangan kepada tabung masjid seminggu sekali itu. Antara lain beliau juga menyebut, tanpa maksud atau niat menghina, masih ada yang memberi 20 sen, 50sen walhal secara umum penduduk kampung mampu memberikan lebih dari itu. Tambahan pula harga getah sekarang lebih dari RM3 berbanding sekitar RM1.50 sebelumnya.
Memang benar, walaupun kecil ia tetap bermakna dari erti kata sedekah. Namun tidak banyak dapat yang boleh dilakukan jika penduduk terus memberikan nilai 70'an sedangkan kos pengurusan dan aktiviti memerlukan lebih dari itu. Selain itu beliau juga menyebut soal sedekah jariah dan impaknya kepada masyarat Islam.
Amat menarik ulasan dan pandangan yang beliau berikan. Paling hebat, ia membuat saya sendiri tersentak dan berfikir. Alangkah kecilnya sumbangan saya selama ini terhadap masyarakat dan Islam dari segi material. Kedekutnya saya! Apakah selama ini saya begitu alpa dan tidak yakin bahawa setiap yang saya keluarkan dengan ikhlas pasti mendapat rahmat. Bukan saja di akhirat, malah Allah menjanjikan balasan "cash" di dunia. Semakin banyak kita keluarkan atas jalan Allah semakin bertambah rezeki kita. Selama ini mungkin saya sendiri begitu lalai dan tidak sedar.
Jumaat itu benar benar mengajar dan mengingatkan saya untuk berlebih sedikit bila bersedekah dan berjariah. Selama di Kuala Lumpur saya memang biasa bersedekah pada hari Jumaat tetapi malangnya, seperti kata Iman tersebut, nilainya seperti zaman 70'an. Seringgit seminggu! Sungguh, saya sungguh malu kerana selama ini saya begitu kedekut. Dengan nikmat pendapatan beribu ringgit setiap bulan saya cuma mampu bersedekah RM4 seminggu! Walhal banyak lagi perbelanjaan tidak penting dan kadang kadang membazir - jumlahnya jika dihitung mungkin lebih dari ratusan ringgit sebulan.
Mungkin ramai di antara kita (pastinya termasuk saya) menggunakan wang yang banyak untuk diri sendiri, untuk hobi, mengisi masa lapang, berhibur dan sebagainya. Sebagai contoh, membeli sekotak rokok setiap hari dengan harga antara RM5.90 - RM8.20 (Dunhill). Sebulan? Atau pergi berhibur dengan belanja RM50 seminggu sekali. Ya, kita ada keperluan sendiri namun kita begitu berat untuk bersedekah. Seolah akan luak dan rugi jika bersedekah lebih. Cuba buat kira-kira berapa peratus kita bersedekah dan kita boleh nilaikan, adakah cukup atau sememangnya kita kedekut.
Mungkinkah ada diantara kita tidak percaya kepada pengurusan kewangan masjid? Atau dalam hati kita terdetik, baik sedekah ke tempat lain (mungkin sesuai untuk masjid yang kaya) atau sebenarnya kita sengaja mencari alasan. Saranan yang sepatutnya ialah kita sama sama membanyakkan sedekah tidak kira hari Jumaat atau hari lain.
Jika pulang ke kampung, perhatikan masjidnya dan ingat-ingatlah kita pesan Imam yang saya ceritakan tadi.
Comments
Berilah peringatan kepada
Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka". jimmy choojimmy choo shoesI like very much the writings and pictures and explanations in your adress so I look forward to see your next writings. Balmain ShoesLanvin ShoesThanks you post ,I think it's helpful to me .and hope write more and more good post.cheap jimmy chooManolo BlahnikThanks for a resourceful content. this is what i have been looking for so long. I don't get the idea why they start these kind of trial when the criminal are old. Perhaps this more personal form of accountability will deter future actors where the fear of international condemnation has not.cheap Manolo BlahnikManolo Blahnik shoesThanks for a resourceful content. this is what i have been looking for so long. I don't get the idea why they start these kind of trial when the criminal are old. Perhaps this more personal form of accountability will deter future actors where the fear of international condemnation has not.Rene CaovillaChloe ShoesGreat work every buddy can get lots of interesting information, keep on posting this type of brilliant articles. I really like this keep it up again!Alexander McQueenGiuseppe Zanotti
how great
autoradio navigation, car dvd gps navigation, sat navigation stereo, OEM Factory headunit for all car makes
Higher quality car electronics from Qualir
Car DVD Player
Car GPS
car gps systems
gps car navigation
Kalau tak caya...cubalah
Kalau tak caya...cubalah dalam setahun ni...perasan la akan hasilnya tanpa disedari. tapi mungkin dalam pelbagai bentuk ,ganjaran yang akan diberikan.amin...
club penguin
a'kum, saya setuju. Saya ada
a'kum,
saya setuju. Saya ada menulis tentang tips membudayakan sedekah dalam diri di http://abahfateh.blogspot.com
terima kasih.
abahfateh
pejam mata semasa memberi
jangan takut dengan mengeluarkan duit tu...sesungguhnya janji ALLAH pada hambaNYA adalah benar.Bukan semakin luak harta kita malah akan di gandakan lagi. Kalau tak caya...cubalah dalam setahun ni...perasan la akan hasilnya tanpa disedari. tapi mungkin dalam pelbagai bentuk ,ganjaran yang akan diberikan.amin..............