Babi is a good business

statistik-taburan-babi-2007.gif
statistik-taburan-babi-2007.gif

Isu babi Selangor - syarikat bumiputera, bekas Adun Umno terlibat - KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno "di belakangnya", kata seorang pemimpin MCA. [Harakah Daily]

Ada seorang sahabat pernah bergurau mengatakan, "Babi is a good business, tetapi saya muslim, tak bolehlah bela babi. Bela babi ni lebih untung dari bela ayam!" begitulah komen seorang sahabat kira-kira 2 tahun yang lalu sewaktu harga petrol dan barangan keperluan naik.

Statistik Taburan Babi 2007 | sila ke:
http://www.jphpk.gov.my/English/spp%20pigs.htm

Nampaknya ada kalangan orang kita yang memang mengambil kesempatan berniaga babi atau mengambil peluang dan keuntungan dari babi. Lebih menarik lagi ada antara mereka (taukeh Melayu, Muslim) atau proksinya terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menghuru-harakan isu babi. Disamping menimbul isu yang berbau perkauman yang berlandaskan kononnya mereka prihatin terhadap Islam dan nasib Melayu yang tinggal di lembah babi sekitar Selangor.

Pembongkaran tersebut memberi banyak iktibar terutamanya dalam menilai siapakah sebenarnya dalang perosak alam sekitar dan siapa sebenarnya yang berkepentingan dalam urusan dah hal ehwal babi. Kita tidak hairan jika mereka itu Cina! Tetapi sebenarnya mereka adalah dari golongan pejuang Melayu. Pelik tapi benar!