Updated: 39 weeks 4 days ago
Fri, 06/05/2009 - 18:34
SHAH ALAM 4 Jun - Dewan Ulama Pas mahu pemimpin parti itu yang berada di negeri dikuasai oleh pakatan pembangkang menyenaraikan unsur-unsur fleksibel yang terdapat dalam ajaran Islam untuk dipilih dan diolah sebelum ia dilaksanakan di negeri yang terlibat.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
KUALA LUMPUR 4 Jun - Ketika Pas dikatakan semakin ghairah untuk mengejar kemenangan dalam pilihan raya umum, seorang perwakilan mengingatkan agar parti itu tidak menggadaikan prinsip perjuangannya.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
SHAH ALAM 4 Jun - Dewan Ulama Pas menunjukkan ketegasannya dalam memastikan konsep kepimpinan ulama dalam parti itu terus kukuh apabila meluluskan sebulat suara usul agar jawatan Timbalan Presiden dan salah seorang Naib Presiden adalah terdiri daripada ulama.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
SHAH ALAM 4 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Md. Isa berkata, parti itu akan melaksanakan beberapa pendekatan sebagai 'kejutan' apabila bertanding dalam pilihan raya di Sarawak tidak lama lagi.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
KUALA LUMPUR 4 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa ( gambar ) menjelaskan kandungan ucapannya berhubung pendirian pucuk pimpinan bahawa Pas tidak akan bergabung dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), bukan bertujuan untuk mempertahankan dirinya.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
SHAH ALAM 4 Jun - Pas Selangor hari ini menafikan wujud amalan fitnah, hasut- menghasut serta pemberian hadiah secara berleluasa sempena Muktamar Tahunan Pas kali ini.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
MUAR 4 Jun - Barisan Nasional (BN) akan hanya mempunyai satu pusat arahan untuk menyelaras kempen parti-parti komponennya pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada 14 Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
KUALA LUMPUR 4 Jun – Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas (gambar) masih merupakan presiden parti itu yang sah.
Fri, 06/05/2009 - 18:34
KUALA LUMPUR 4 Jun - Program Jalinan Rakyat yang menggantikan kumpulan berkempen K-10 yang diwujudkan oleh Wanita UMNO merupakan strategi baru untuk memperkukuhkan jentera pilihan raya pergerakan itu pada masa depan.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
PUTRAJAYA 3 Jun - Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KUALA LUMPUR 3 Jun - Pergerakan Wanita UMNO memutuskan untuk menggantikan program kumpulan berkempen K-10 dengan satu bentuk pendekatan baru yang dikenali sebagai Jalinan Rakyat.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas akan bertemu Pendaftar Pertubuhan (ROS) minggu ini bagi menjelaskan kesangsian berhubung isu-isu berbangkit di antara beliau dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KOTA BHARU 3 Jun - Pelaksanaan sepenuhnya undang-undang dan peraturan berkaitan larangan, batasan dan kekangan berkempen pada hari mengundi yang dimulakan dalam Pilihan Raya Kecil Penanti baru-baru ini akan diteruskan di Manek Urai.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KOTA BHARU 3 Jun - Pas akan mengumumkan calonnya bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai seminggu sebelum penamaan calon, 6 Julai ini.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KUALA LUMPUR 3 Jun - Dewan Pemuda Pas mahu parti itu mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi tulang belakang dalam pakatan pembangkang.
Fri, 06/05/2009 - 01:52
KOTA BHARU 3 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan beliau tidak memihak kepada mana-mana individu yang bertanding pada pemilihan parti itu yang bermula Jumaat ini.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
KUALA LUMPUR 2 Jun - Laporan awal Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kemelut Parti Progresif Penduduk (PPP) mendapati wujud kesangsian pada pihak yang berbalah iaitu Datuk M. Kayveas dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
KOTA BHARU 2 Jun - Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta menggerakkan jentera masing-masing bagi melengkapkan pelan tindakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Manek Urai.
Thu, 06/04/2009 - 02:30
KUALA KRAI 2 Jun - Bagi menyemarakkan semula tradisi mendekati rakyat secara bersemuka dan menyelami kehidupan dan pandangan sebenar mereka, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berusaha menggunakan pendekatan tersendiri.