PENANTI, 2 Jun (Hrkh) - Pendekatan turun padang bertemu pengundi sasaran secara bersemuka dan kemaufakatan kepimpinan ketiga-tiga parti membantu dari segi penerangan setiap malam akhirnya membuahkan kemenangan kata, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Saifudin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Pendirian PAS tidak pernah menjadikan fahaman politik sebagai penghalang untuk membangunkan umat Islam.
Manohara Odelia Pinot dan ibunya, Daisy Fajarina juga dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kesemua dakwaannya yang dibuatnya sebelum ini.
Seorang penoreh getah yang disangka mencuri peralatan di sebuah tokong meninggal dunia semalam akibat dibelasah tujuh lelaki di tokong terbabit di Km74 Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan dekat Karak, Ahad lalu.
ADUN BN Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) memohon maaf kepada exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap naib presiden PAS itu pada 2007.
Pergerakan Pemuda Umno cawangan Bandar Arau mendakwa wujudnya usaha terancang yang berterusan untuk merosakkan institusi parti itu di Perlis oleh sebilangan pemimpin Umno yang kecewa.
Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti, Pulau Pinang telah berakhir. Bagai dijangka pelbagai pihak sedari awal, keputusan pengundian pada Ahad (31 Mei) lalu memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
KOTA BHARU, 1 Jun (Hrkh) - PAS tidak pernah menggunakan khutbah Jumaat sebagai medan berpolitik, sebaliknya menyatakan apa yang benar mengikut kaedah Islam.
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Hanya 46 peratus atau 7,100 daripada 15,384 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini iaitu peratusan pengundian paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang mencatatkan peratusan keluar mengundi paling buruk dalam sejarah pilihan raya negara ini.
KUALA LUMPUR 31 Mei - Jumlah peratusan mengundi yang kecil dicatatkan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti merupakan mesej 'protes' yang jelas bahawa rakyat sudah muak dan tidak merestui permainan politik pembangkang yang hanya menyusahkan mereka.
BUKIT MERTAJAM 31 Mei – Calon bebas, Aminah Abdullah menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini sebagai satu ‘kemenangan’ bagi dirinya kerana jumlah undi yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Mansor Othman menjadi lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum lalu.
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hari ini gembira kerana akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 Pulau Pinang Rabu ini.
BUKIT MERTAJAM 31 Mei - Calon Bebas, Nai Khan Ari menolak tanggapan bahawa penyertaannya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) di Penanti sebagai persiapan awal bertanding pada pilihan raya umum nanti.
BUKAN berita mengejutkan! Seperti dijangka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti semalam. PKR layak memenangi kerusi itu kerana telah diberi laluan mudah apabila Barisan Nasional (BN) tidak meletak calon sebagai tanda tidak bersetuju dengan cara pengosongan kerusi itu dilakukan.
MUAR 31 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa Barisan Nasional (BN) bertindak meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang supaya tidak keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.
MUAR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan agar kemelut kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) diselesaikan segera dengan merujuk kepada peraturan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi menentukan pemimpin yang paling layak menjadi presiden parti itu.
IPOH 31 Mei – ‘‘Dia (Datuk M. Kayveas) macam ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dia sendiri jalan tak betul,’’ kata Senator Datuk T. Murugiah berhubung nasihat Kayveas supaya beliau berundur dan tidak lagi menimbulkan kekacauan dalam Parti Progresif Penduduk (PPP).
KUALA LUMPUR 31 Mei – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah hilang keahlian dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana gagal mengemukakan rayuan setelah diberi peluang berbuat demikian.