KOTA BHARU 1 Jun - Jentera penerangan UMNO dilancarkan hari ini bagi menghadapi Pilih Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang turut menguji keberkesanan perancangan mendekati rakyat setempat secara bersemuka.
PASIR MAS 1 Jun - Pemerintahan Pas di Kelantan ditegur berikutan kegagalan mengeksploitasi kekayaan alam semula jadi di negeri itu sejak memerintah hampir 20 tahun lalu kerana terlalu sibuk berpolitik.
KUALA LUMPUR 1 Jun – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas yakin keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang dijangka diumumkan tidak lama lagi, akan menyebelahi beliau.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Ahli PAS diseru agar tidak
terpengaruh dengan propaganda yang kini sedang dimainkan akhbar
Utusan Malaysia yang kononnya mewakili sesuatu pihak dalam PAS.
Sesungguhnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sedang berada di tahap paling baik dalam 58
tahun sejarah jatuh-bangun perjuangan politiknya.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Sempena sambutan Muktamar Tahunan PAS kali ke 55, PAS akan menganjurkan Forum Perdana yang bakal membariskan tokoh-tokoh terkemuka tanahair dan hebat sebagai ahli panel.
KUALA TERENGGANU, 2 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS
Terengganu mendesak Menteri Besar, Dato' Ahmad Said memberikan
penjelasan segera berhubung keruntuhan bumbung utama di Stadium
Sultan Mizan, Gong Badak, kira-kira 15 kilometer dari sini yang
berlaku pagi Selasa (2 Jun).
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mencadangkan kenaikan tambang pengangkutan awam termasuk 30 peratus kenaikan caj perjalanan teksi dalam semakan kadar tambang yang kemukakannya kepada kerajaan bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara ini.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - PAS telah pun melancarkan laman web rasmi untuk Muktamarnya yang ke-55 bagi membolehkan orang ramai mengikuti pelbagai ucapan dan perbahasan dengan lebih telus lagi, dan menariknya secara langsung melalui web.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia keana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.
Peguam keluarga Manohara Odelia Pinot berkata mereka akan ke Malaysia untuk melaporkan kes dakwaan penderaan ke atasnya oleh suaminya, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS kali yang ke-50 akan dirasmikan esok di Markas PAS Taman Melewar dekat sini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bakal berdepan risiko paling besar berbanding calon lain jika tidak dipilih sebagai timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jumaat ini.
Polis memutuskan tidak akan mendakwa 12 orang, termasuk seorang ahli Parlimen dan seorang ADUN, kerana menyertai nyalaan lilin pada 19 Mei lalu.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Permohonan maaf yang dibuat
Adun Paloh, Norzula Mat Diah kepada Exco Kerajaan Kelantan, Dato'
Paduka Husam Musa berhubung beberapa laporan tidak benar pada
tahun 2007 disifatkan telah membersihkan Husam dan kerajaan negeri
Kelantan.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Bertempat di Pusat Kajian Ekonomi dan Sosia (ESAM) pada 28 hingga 30 Mei lalu, Presiden Pas Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) di Istanbul.
TEMERLOH, 2 Jun (Hrkh) - PAS Pahang melahirkan kekesalan atas prestasi pengurusan kerajaan negeri pimpinan Umno yang terlau lemah sehingga menyebabkan kewangannya berada pada tahap yang amat kritikal dan bermasalah.
Seorang bekas wartawan yang tinggal berdekatan dengan bangunan pusat membeli belah Jaya Supermarket yang runtuh Khamis lalu, membuat tuntutan gantirugi kepada pemilik dan kontraktor bangunan itu terhadap kerosakan harta bendanya.
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Hrkh) - Kerajaan harus menitik-beratkan pengajaran akhlak serta kegiatan ko-kurikulum dalam pembelajaran daripada jumlah subjek yang harus diambil dalam peperiksaan.